PeNgiKuT SeTia

Friday, April 26, 2013

Harta paling berharga adalah sabar, teman paling setia adalah amal, ibadah paling indah adalah ikhlas, harga diri paling tinggi adalah iman, dan pekerjaan paling berat adalah memaafkan. maaf untuk lisan yang tak terjaga, hati yang yang berprasangka, janji yang terabaikan dan sikap yang pernah menyakitkan. Taqobalallohu minna waminkum syimana wa shiyamakum. Minal aidzin wal faidzin. Selamat Iedul Fitri 1431 Hijriyah

Friday, April 19, 2013

Alkisah ciuman pagi…

Sejak kecil saya sering melihat, ayah sebelum keluar dari rumah untuk kerja, ayah akan mencium dahi ibu sambil membisik ‘I love you’ di telinga ibu.

Ibu pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan ayah dari kerja.

Bila tiba waktu zohor, selepas solat, ibu akan menghantar satu sms untuk ayah bertanyakan sudahkah ayah makan tengahari.

Bila lepas azar, ibu akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama ayah.

Ibu tidak bertanya apakah ayah malam ini akan pulang makan. Ibu selalu masak dan lepas itu barulah ibu menghantar sms ke ayah bertanya apakah ayah akan pulang untuk makan.

Jika ayah kata ya, ibu akan tunggu sehingga ayah balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu ayah.

Satu malam, ibu bertengkar dengan ayah kerana ayah berkata sesuatu yang ibu tidak suka.

Pada sebelah paginya, ibu tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan ayah. Saya lihat air mata ibu bertakung menunggu untuk tumpah.

Tapi ibu dan ayah tetap tidak bercakap antara satu sama lain.

Pagi itu, ketika ayah keluar pintu rumah, ayah tidak mengucup dahi ibu. Ibu pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada ayah.

Apabila kereta ayah sudah keluar, ibu menangis.

“Ibu, mengapa nangis?” tanya saya.

“Tak ada apa,” kata ibu yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.

Ibu balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak ke sekolah.

15 minit kemudian, ada kereta berhenti di depan rumah. Saya keluar melihat.

Ayah patah balik. “Mana Ibu?”

“Dalam bilik.”ujar saya

Ayah terus ke bilik. Saya mengikut. Ayah terus memeluk Ibu dan mencium dahinya dan membisik ‘Abang Sayang Ayang,’ di telinga Ibu. Ibu dan Ayah bersalaman dan memohon maaf antara satu sama lain.

Air mata ibu terus mengalir lagi dan ibu menangis tersesak-esak.

“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata ayah sebelum beredar balik ke kerja.

Ibu tersenyum semula.

“Ibu tadi menangis pasal ayah ke? Ibu senyum ini pun pasal ayah ke?”

“Anak ibu ini. Ya, ibu menangis dan senyum pun untuk ayah” jawab ibu.

“Ayah ini nakallah, sekejap buat ibu nangis, sekejap buat ibu senyum,” kata saya.

“Tak. Ayah orang baik. Ibu yang sakitkan hati ayah semalam. Apa yang ibu nak ayah beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan ibu. Ibu merajuk semalam tatkala ayah letih kerja kerana lupa belikan hadiah ulangtahun perkahwinan untuk Ibu. Ayah kata terlupa, Ibu pula terlebih kata ayah tidak menghargai Ibu dan lebih mementingkan kerja dari keluarga.

Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana ayah tak buat demikian, ibu merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila ayah pergi kerja tak cium dahi ibu, ibu menangis bukan kerana ayah, tapi kerana ibu terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan ayah, dan terasa ayah tak sayang kat ibu. Tapi apabila ayah balik mencium dahi ibu, ibu terasa ayah sangat sayang kat ibu dan ibu rasa diri ini amat dihargai, dan ibu sempat memohon maaf pada ayah, sebab itu ibu senyum,” kata ibu.

Saya tak berapa faham kata-kata ibu kerana masa itu kecil.

Sebelah malamnya, saya bertanya ayah ketika ibu sudah tidur keletihan.

“Ayah....., mengapa ayah patah balik pagi tadi?” tanya saya.

“Ibu dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila ibu tahu ayah terlupa beli hadiah ulangtahun perkahwinan untuk ibu, ibu terasa hati dan cakap ayah tidak menghargai ibu dan lebih mementingkan kerja dari keluarga. Ayah terguris sedikit, tapi ayah ada ego tak nak mengaku salah".

Masa memandu terfikir bagaimana ibu setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu ayah pulang untuk makan malam bersama, ayah terasa bersalah bertindak kejam pada ibu dengan tidak bersalaman dan mencium dahi ibu. Ayah pulang kerana ayah tahu ibu adalah orang terpenting, nadi dalam hidup ayah dan ayah tak boleh biarkan ibu sedih walaupun sesaat... Anak ayah akan faham bila dah kahwin nanti,” terang ayah.

Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui ayah dan ibu. Rupa-rupanya ombak yang melanda ayah dan ibu sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kasih sayang dan cinta dengan orang tersayang, setelah ombak itu reda kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.
Psikologist mengatakan:

1. Apabila seseorang itu terlalu ketawa
terbahak-bahak biarpun hanya perkara kecil
yang langsung tidak lucu dan kelihatan
bodoh, dia sebenarnya seorang yg
mempunyai jiwa yg sangat sunyi.

2. Sekiranya seseorang itu banyak tidur, dia
org yang kuat bersedih.

3. Apabila dia kurang bercakap tetapi pantas
dalam berbicara, bermakna dia menyimpan
seribu rahsia.

4. Sekiranya dia sukar untuk mengeluarkan
airmata, dia seorang yg lemah.

5. Kalau senang menangis meskipun benda
yg kecil sahaja, dia seorang yg berhati
lembut.

6. Dan sekiranya dia cepat marah biarpun
perkara sekecil kuman, itu bermakna dia
perlukan kasih sayang.

Berusahalah untuk memahami orang lain,
selepas kita memahami diri kita sendiri.
Bukan 100% betul, tetapi ada sedikit
kebenarannya disitu....

Agak2 korang yang mane? Cer coment.. ツ
Hayatilah dan ambil iktibar....semoga bermanfaat

Pesakit: "Abang misi, best ke kerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"

Abang misi: "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. 

Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."

Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"

Abang misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."

Pesakit: "Wah, apa dia?"

Abang misi: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia.

Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah.

Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..

sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran.

Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan.

Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka.

Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.

Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran.

Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran.

Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf.

Sedar satu perkara yang sangat penting."

Pesakit: "Hm. Apa dia?"

Abang misi: "Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...

itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat.

Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran?

Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...

Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..

kita sangat sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."
Don't walk behind me, I may not lead. 
Don't walk in front of me, I may not follow. 
Just walk beside me and be my friend
calon hat masuk bertanding PRU13 boleh dok beramah mesra elok sj pown... TAPI awt ank buah calon xleh nk beramah mesra... mna UKHWAH, mna IKATAN PERSAUDARAAN, hlang p tang mna taw hubungan SILATURAHIM kita...xkn tiap kali mengundi harus bermasam muka...???

Tuesday, August 23, 2011

KALAU SAMPAI LAHAD DATU


Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Tawau - Sandakan. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Lahad Datu... kasi tau pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Lahad Datu belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor saja bah.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai pakcik akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu bas untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Lahad Datu ka belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau sudah sampai di Lahad Dato.. pakcik dikejutkan..!"

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Lahad Datu.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi check point Sandakan.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Lahad Datu... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Lahad Datu..

Sesampai di Lahad Datu... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai Lahad Dato! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Lahad Datu?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Lahad Datu.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"

Thursday, March 31, 2011

sejarah april fool

 TAHUKAH ANDA..???MARI KITA KONGSI SEDIKIT ILMU YANG BERGUNA INI....

  TRAGEDI BERDARAH OARANG ISLAM

 Pada abad ke-8 MASIHI, Sepanyol berkembang menjadi sebuah negara ISLAM yang maju dan makmur apabila ditadbir oleh penguasa ISLAM.....
     Keadaan ini tidak disenangi oleh golongan kafir yang berjiran dengan Sepanyol.Mereka mahu melihat ISLAM hancur tetapi kebanyakkan usaha mereka untuk menakluknya gagal....
     Akhirnya pihak kafir menemui jalan untuk menghancurkan penduduk ISLAM di Sepanyol.Caranya mudah, dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya untuk memecahkan perpaduan umat ISLAM.Strategi ini berjaya dan akhirnya sedikit demi sedikit Sepanyol jatuh ke tangan tentera Salib....
     Tentera Salib amat kejam.Masyarakat awam termasuk wanita dan kanak-kanak dibunuh tanpa perikemanusiaan.Satu demi satu daerah di Sepanyol berjaya ditakluki sehinggalah tentera ini tiba di wilayah terakhir iaitu Granada....
     Penduduk ISLAM di wilayah ini terpaksa bersembunyi didalam rumah untuk menyelamatkan diri, lalu tentera Salib membuat satu taktik penipuan....
     Mereka mengumumkan penduduk Granada dibenarkan untuk keluar dari penempatan mereka dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang telah disediakan untuk keluar daripada Sepanyol.....
     Percaya dengan apa yang dijajikan tentera Salib, maka ribuan penduduk ISLAM di wilayah itu keluar dari rumah lalu berkumpul di pelabuhan.....
     Tentera Salib yang bersembunyi lantas membakar keseluruhan penempatan di situ termasuk golongan ISLAM yang masih terus bersembunyi di dalam rumah....
     Ribuan umat ISLAM yang sudah berkumpul di pelabuhan hanya tergamam tanpa dapat membuat apa-apa bila tentera Salib bukan saja membakar rumah mereka, malah turut membakar kapal yang dijanjikan untuk membawa mereka keluar dari wilayah itu.....
     Mereka semua terkepung. Lalu tentera Salib dengan kejam menyerang dan membunuh kesemua umat ISLAM di pelabuhan itu termasuklah wanita dan kanak-kanak tanpa belas kasihan.....
     Yang kedengaran hanyalah gema TAKBIR didiringi jeritan dan tangisan. Tiada seorang pun penduduk ISLAM yang terselamat. Granada bermandi darah!!!
     Mayat bergelimpangan, laut yang biru brtukar menjadi merah. Dan tragedi berdarah ini berlaku pada 1 APRIL 1847 MASIHI dan dikenali sebagai " <span>THE APRIL FOOL DAY</span> "oleh golongan Kristian.....

  ...SEDIH BILA MELIHAT ORANG ISLAM SENDIRI TURUT 'GEMBIRA' MENGAMALKAN APRIL FOOL INI....

Monday, March 21, 2011

hahaha

Kami daripada.....
Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor
Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor
Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
.........Universiti Teknologi Malaysia(UTM), Johor
Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang (dulu KUKTEM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuala Lumpur
Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak
Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan (dulu KUIM)
Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor
Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu (dulu KUSTEM)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor (dulu KUiTTHO)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka (dulu KUTKM)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis (dulu KUKUM)
Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Terengganu (Kini UniSZA)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur (dulu ATMA)

Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah
Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas, Kelantan
Politeknik Kuching, Kuching, Sarawak
Politeknik Port Dickson, Si Rusa, Negeri Sembilan
Politeknik Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah
Politeknik Shah Alam, Shah Alam, Selangor
Politeknik Johor Bahru, Pasir Gudang, Johor
Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, Pulau Pinang
Politeknik Kota, Melaka, Balai Panjang, Melaka
Politeknik Kota, Kuala Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu

Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
Kolej Matrikulasi Perlis
Kolej Matrikulasi Kedah
Kolej Matrikulasi Perak
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kolej Matrikulasi Melaka
Kolej Matrikulasi Johor
Kolej Matrikulasi Pahang
Kolej Matrikulasi Labuan
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim
Sekolah Dato Abdul Razak
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Sulaiman
Sekolah Menengah Kebangsaan Putra
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Puan Muda Tengku Fauziah
Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad

TADIKA Perpaduan Kampung Alor Bakong
TADIKA Kemas Taman Pelangi
TADIKA Kemas, Kampung Attaduri
TADIKA Pelita, Taman Langkap Jaya
PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM(PASTI)

Majlis Pewakilan Pelajar (MPP)
Ketua Pengawas
Ketua Pengawas Pusat sumber
Ketua Kelas
Penolong Kelas
AJK Kelas
Ahli Surau Sekolah (ASS)
dan
semua Pelajar – pelajar …………………....
MENYUKAI status anda!!!!
´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶
´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´¶¶
´´´´´´¶¶¶¶¶´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´´¶´´´´¶¶´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´´¶´´´¶¶´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶
´´´´´´¶´´´¶´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´¶´´´´´´´´´´´´¶´¶¶´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
´¶¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´¶´´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´¶¶
´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´¶¶´

Sunday, March 20, 2011

LAWAN DAM

Kamal baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah,dia terpaksa menumpang rumah bapa mertuanya. Malangnya ada sesuatu yang tidak kena. Kamal ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20kg,tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Kamal duduk di rumahnya...cepat sangat barang-barang dapur habis. Kamal betul-betul menghabiskan borehhh. Kebaikan Kamal pula ialah,dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pula begitu. Waktu maghrib seronok depan tv tengok Roda Impian... lepas tu sambung tengok berita... lepas tu makan... lepas tu tidur... esok bangun pukul 8.. pergi kedai kopi... bersembang,sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur.. petang pergi kedai kopi lagi..main dam, berborak mengalahkan orang politik. Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea.. macam mana nak kenakan si Kamal ni. Bengang betul dia.. dah lah tak kerja.. melantak kuat pulak tu.. Suatu hari dia dapat idea.. nak kenakan Kamal..
"Kamal,mari kita main dam haji.." katanya kepada Kamal.
"Boleh juga..." kata Kamal tanpa mensyaki sesuatu.
Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Kamal.. Dia hulur,Kamal makan,hulur lagi..Kamal makan lagi.. hulur lagi... Kamal makan lagi.. hulur lagi makan lagi,dan lagi..dan lagi..
"Eh,ko ni Kamal... kuat makan betul laa..agak-agak laa.." katanya tersenyum..
"Alamak bapak merua aku ni perli aku ni.. mentang-mentang aku kuat makan.." fikir Kamal dalam hati..tapi tak apa..
Mereka bermain set kedua.. bapa mertuanya hulur.. Kamal tak makan.. hulur lagi, tak makan juga... kena tangkap.. tak macam set pertama.. dia dah bijak sikit.. Bila tak makan, mestilah kena tangkap.. (sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini..) kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji. Apa lagi...
"Ehh,orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke..?"
Merah padam muka bapa mertuanya.. dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena.. Selepas dari itu, Kamal tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim.. tak tinggal sembahyang lagi.. sekarang ni ada kat mekah kerjakan umrah.. Nak pergi haji belum ada seru..katanya laa...


[faham-fahamkan lah cerita ini yaaa..!](:
DIARI SEORANG WANITA.....
Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa

Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

Saturday, March 19, 2011

DEFINISI CINTA -,<
1. Cinta itu KOMITMEN.
Cinta, tak boleh main-main. Cinta perlu komitmen. Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.
Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. Komited sebagai suami yang mithali, ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah
2. Cinta itu intuitive: NALURI.
Cinta itu sifatnya naluri. Apa tu orang kata, “cinta itu di hati”. Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang.
Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Jika ada rasa bimbang, seringnya kita akan dapat merasa. Macam cinta ibu pada anak-anak. Sering mereka dapat rasa apa yang anak-anak mereka buat, yang baik atau tak baik untuk anak-anak, kan?
3. Cinta itu sebahagian nature: FITRAH
Cinta itu fitrah. Betul. Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci.
4. Cinta sering terletak di puncak: TOP
Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi. Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu. Sekuat cinta Tuhan yang memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan.
5. Cinta itu sifatnya ALTRUISTIC.
Apa tu?? Aa, altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri. Dalam lughah disebut al-itsar. Wah, erti pengorbanan di sini. Bak kata Ustaz Hasrizal, makna hidup pada memberi. Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi.
Bila ada niat untuk membahagiakan yang lain, maka kita akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna. Kata Abang Ed, bila kita tolong orang, Allah akan membantu kita, menambah nikmat untuk kita. Indahnya…..